Tuesday, November 22, 2011

part 3 - 50 ransangan anak bijak

Assalamualaikum...

Sambungan untuk part 3 lak..korang da praktiskan ke lom??cepat2...nak anak bijak tak...insyaAllah...tak salah cuba...

21- ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali un dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22- BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23- LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24- BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25- IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar2 mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangka secara terbalik atau ketawa.

26- BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia snetuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama 3 ke 4 kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27- RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek2 selamat yang lain sambil melabelkan barangan tersebut.

28- CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannyadan tukar nama watak utama kepada nama anak supaya dia seronok.

29- BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai kepadanya.

30- (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

Feeuuuwwww...beres pun entry kali ni..da jammed da tangan aku...tapi untuk info berguna ni aku sanggup...semoga kita dapat manfaatkan bersama..ceeewwwaaahhhhh..hehehe...

Monday, November 21, 2011

Part 2 - 50 ransangan anak bijak

Assalamualaikum..

Ni sambungan untuk post yang lepas...sharing is caring uolls..

11- SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan teksture yang berbeza2; sutera, kain kapas, kain tuala dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain2 tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12- PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13- BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum membuka suis anda mengajar sebab dan akibat.

14- BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15- SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16- BACA BUKU BERULANGKALI
Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda 8 bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17- MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuat bayi ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18- JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biar anak anda meneroka dan lihatlah kemana dia membawa anda.

19- MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh anak pula memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20- BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan teksture yang berbeza - termasuklah kacan pea yang dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

Saturday, November 19, 2011

Part 1 - 50 ransangan menjadikan anak2 bijak

Assalamualaikum...

Tadi aku de buka satu blog ni...best la info dia...sebenarnya tertarik dengan produk yang di jual untuk boosting breast milk...ne la tau de rezeki aku dapat anak lagi...leh try...sebab kalau leh aku memang nak fully breast feeding...suka bila tengok anak dekat jek dengan kita...macam tercurah semua kasih sayang...so ni de sikit info aku nak share..

1- BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam2 anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2- BERCAKAP2 DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3- JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya kanak2 yang bersekolahyang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4- JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda 2 hari dapat meniru pergerakkan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5- HASILKAN BUKU BINATANG
sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar haiwan2 kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi2 binatang dan cerita haiwan.

6- GELETEKLAAH BAYI ANDA
Geletek seluruh tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah2 panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7- TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar2 tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihatnya kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapa\t membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8- BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan2 dalam pendukung yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9- NYANYILAH LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles. Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran Matematik.

10- GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian2 badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

OK....relax jap eh kawan2...lenguh lak tulis panjang2...nanti sambung tulis lagi kat next post...tungguuuuuu..

Credit to Ibu.Dia&Shaklee

Wednesday, November 16, 2011

Sumbangan khas Untuk persekolahan 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...tu je yang mampu aku ucapkan untuk rezeki yang Allah limpahkan...tak putus2 sumbangan dan sedekah untuk adik2 aku yang yatim piatu dalam usia muda...InsyaAllah...sumbangan ni nanti dapat la topup mana2 yang kurang...though tak banyak mana tapi aku dan adik2 teta bersyukur...

Semalam dan hari ni de upacara pengagihan sumbangan untuk pelajar2 sekolah kerajaan seluruh Malaysia...maksudnya tak kira status pekerjaan parents...gaji besar ke...gaji kecil ke...semua dapat..macam yang ditetapkan dalam goverment budget untuk tahun ni...

Syukur ^_^

Monday, November 14, 2011

sukaneka family kami ^_^

Assalamualaikum...

Di suatu petang yang indah...ceewaaahhh...ayat pujangga da keluar da...hehehe...tak nak mukaddimah panjang2...petang tadi lepas suami aku balik dari office...dia tanya anak bujang aku, Zakwan nak main bola ke tak...anak aku memang pantang ajak main kat luar...laju jek dia...terus dia capai bola dan seluar (mesti korang pelik kan)...sebenarnya dia ni tak suka nak pakai seluar lepas buang air..maklum la baru belajar tak payah pakai diapers...kalau da dipaksa pakai seluar semula...dia akan pergi kat satu sudut untuk lucut seluar dia balik...sabar je la...

Ok..da ready2 ni nak main kat luar..seperti yang aku jangka...memang suami aku je yang beria nak ajar Zakwan main bola...yela...kot2 boleh jadi macam safee sali ke..hehe...Zakwan pulak lagi suka main golek2...konon2 sepak bola tak kena pastu golek je yang lebih...abes baju kotor...layan jela...aku lak gomol Damia sambil2 tengok dia jalan sana sini...siap posing2 lagi atas rumput...memang aku sental la ni jap lagi masa mandi...hahaha...

Adik2 lak main badminton...menjerit2 dorang main...da tu bila tak dapat pukul shuttle cock tu dok la salahkan angin...haaduuuyyyy...iyo la dik..macam la de angin petang ni...eerrmmmm...macam tu la activity aku and family...memang jarang berjalan..tapi try to create something yang leh hilangkan bosan sebab dok terperuk kat rumah jek...well...memang best la...kalau penat pun leh lepak kat rumah...kalau berjalan2 nak kena cari tempat lepak2 (ayat cover)...sekian ^_^

Sunday, November 13, 2011

Sume2 Zakwan Punya

Assalamualaikum..

Tengahari ni pukul 1.10 macam biasa la aku get ready untuk amek adik aku kat sekolah...lepas da bersiap2 aku pun start enjin kereta..letak Damia kat baby seater sambil bagi toys sebab kalau tak nanti mesti aku tak leh nak drive punya asyik nak pegang Damia yang nak capai stereng la, gear la...

Turn Zakwan lak...bila aku pusing nak masukkan dia dalam kereta tengok2 tangan dia penuh la dengan kasut2 dia...pastu buat2 muka cute kat aku so that aku izinkan dia bawak sume kasut2 tu...unfortunately aku tak bagi..hahaha..kejam tak??bukan pe...nanti semak la kereta tu dengan kasut dia jek...bukan nak jalan2 jauh pun...gi amek maksu dia kat sekolah jek...tu pun depan rumah jek sekolahnya...

Takpe la...lain kali kalau kita jalan2 ibu bagi Zakwan bawak sume kasut2 Zakwan eh...anak ibu nii...macam2 la..

Friday, November 11, 2011

Tahun Kawan2 Kahwin Paling Ramai...

Assalamualaikum...

Lepas satu2 jemputan aku dapat...memang meriah betul tahun ni...sorang2 kawan aku dok ubah status single diorang...Alhamdulillah...bagus la de banyak masjid...lari setan2 sume..hehe...

Kawan2 sekolah menengah, matriks johor, UiTM Segamat, UiTM Dungun, sume2 la menjemput aku...tapi aku ni plak rasa berdosa sebab tak memenuhi jemputan...maklum la dok jauh nun kat Kerteh, Terengganu...kawan2 lak ramai orang Johor...dengan tanggungjawab baru aku membesarkan adik2 selepas pemergian Mama ke rahmatullah...aku tak dapat datang majlis kawan2...kira de sebab yang munasabah la ek...sorry sangat2 sebab tak gi majlis korang =(

Tapi yang penting aku sangat2 mendoakan kebahagiaan kawan2 aku..semoga korang kekal bahagia sampi ke syurga Allah dan dapat zuriat yang comel2...aminn =)

Nak listkan gak la sape kawan2 aku yang da kahwin and akan kahwin tu..hehe...


# Hayati Ghani (5/3/11) - geng UiTM Segamat
# Ainun Najwa (13/3/11)  - geng UiTM Segamat
# Nurul Syahirah (10/4/11) - geng matriks Johor
# Siti Arfah Mohamed (30/4/11) - geng SMK
# Harniza (1/5/11) - geng SMK
# Nurul Huda Badrul Hisham (7/5/11) - geng SMK
# Norazah Hashim (8/5/11) - geng SK
# Sabrina Othman (9/7/11)  - geng UiTM Segamat
# Nor Azah Abu Bakar (3/9/11) - geng SMK, matriks merangkap adik ipar aku
# Aziera Barni (9/10/11) - geng matriks Johor
# Nadzirah Salihan (16/10/11)  - geng UiTM Segamat
# Zulaikha Abu Bakar (29/10/11)  - geng UiTM Segamat
# Nururzakiah Aliah@Yuyu Alias (26/11/11)  - geng UiTM Segamat
# Nadiah Halim (26/11/11) - geng SMK
# Nurul Zaharah Sidek (27/11/11) - geng SMK
# Nornadira Mohd Asari (11/12/11) - geng matriks Johor
# Shahefhariza Shahrom (11/12/11)  - geng UiTM Segamat

Banyak kan??ni baru separuh...xlarat da nak listkan sume2 jemputan...tp jemputan untuk cuti sekolah ni insyaAllah leh attend sbb xperlu da nak tunggu adik2 balik sekolah...

Untuk kawan2 aku yang da selamat menikah...ak doakan korang dapat baby yang comel2...yang akan kahwin...Selamat Pengantin Baru in advance...semoga bahagia macam aku, suami and anak2...insyaAllah..aminn ^_^




Damia Safiyyah...Model Kanak2 Comel ^_^

Assalamualaikum...

Hehehe..title nak poyo...biar la..blog ni aku yang punya..haha...mak mana je la..kalau da anak sendiri mesti nak puji comel punya...da susah payah lahirkan, susukan, besarkan segala...kan2 korang...mesti korang pun camtu...

My precious Damia da genap setahun sebulan awal November ni...tak sangka la..memang sekejap sangat2 anak2 membesar...sebab tu orang kata rugi kalau terlepas tengok anak2 walau sehari...takkan boleh korek da kat mana2 keletah anak2 yang kita missed...rasa bertuah lak aku sebab walaupun tak bekerja aku dapat jaga sendiri anak2...mandikan, suap makan, main sama2, ajar baca buku, solat...Allah Maha Besar...dia tau pe yang baik untuk aku...

Dalam hati ni kadang2 memberontak gak nak kerja...tapi bila mengenangkan anak2 yang perlukan perhatian...tolak tepi dulu soal kerja...kerja boleh dicari...anak2 ni amanah Allah...kena la jaga sebaik2nya...

Ok cakap pasal Damia...dia da start berjalan masa 10 bulan...cepatkan??proud of her...sekarang ni tak payah cerita da dia punya laju kalau berjalan...tak kenal apa itu brek...hehehe..menonong jek macam lipas...bile da jalan laju sangat mesti la terhuyung-hayang...tapi tak jatuh lak tu..pelik2...aku ni da get ready nak jerit kot2 dia jatuh...haha..

The latest dia da pandai memanjat and turun sendiri...well done Adik...berkat latihan panjat-memanjat badan sesiapa je yang tengah dok baring2...tak kira la abah dia ke...aku ke...sume la dia lanyak...PRACTICE MAKE PERFECT right??sekarang ni da terlebih perfect da pulak...ni kalau aku tengah sibuk megadap laptop...mesti dia nak panjat atas meja nak ngadap sama...bersungguh2 lak tu...memang kalau sampai kat aku memang kena gomol la anak ibu ni...hiissshhhh..geraammm...

Pastu satu lagi yang paling best...Damia da tak nak tidur dalam buaian...yang penting kena de susu yang suam2 and tilam...pastu selamat...da zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...senang la ibu pasni kalau nak jalan2...tak payah da nak buai2 segala...mana nak cari buaian kalau jalan2 kat mall...hehe...tapi anak dara aku sorang ni memang tak berapa nak cerewet...Alhamdulillah...senang dari saat aku lahirkan dia lagi...esok da besar jadi anak yang solehah eh Adik..insyaAllah...aminn...ibu doakan dua2 anak ibu...

Setakat ni tu jela progress Damia...takde kena mengena dengan title pun..hahahaha...tapi pe2 pun Damia tetap model comel ibu...cayang dia ^_^

Ampuuunnnn Wahai Blog ^_^

Assalamualaikum...

11/11/11...la ni setelah 3 bulan tak jenguk2 blog baru la dapat mengomel semula...rasa macam 3 tahun...bukan apa..nak kata busy tak la busy sangat...tapi nak kata tak busy pulak nampak macam busy sesangat...pe la ak dok mengarut ni...

Takde pe2 yang baru nak share...just baru2 ni aku dok ajar anak bujang aku tak payah pakai diapers...jimat sikit..hehehe...tapi ya Allah dugaan maha hebat dari anak bujang aku yang comel ni...1st day asyik la terkencing2 dalam seluar dia...sampai da takde seluar da nak pakaikan...mulut ni dok la mengajar anak biar dia set in mind that no pooping and peeing in his pants...but...at last dua kali terceret...skali kat dalam bilik aku...skali lagi kat living room depan tv...dok syok tengok cartoon sampai tak sedar da terceret agaknya...errmmm...mulut ni tak abes2 beristighfar...mintak Allah kuatkan iman ni...sebab kalau tak diajar nanti susah pulak...bayangkan baru umur 3 tahun da pakai diapers size xxl...mana taknya..berat dia da cecah 17kg...memang harapan la nak dukung lama2...ter'peleot' tangan mak...kalau besar sikit lagi rasanya kena pakai diapers orang dewasa lak...hahaha...tu la size paling besar nak habaq untuk budak2...

Sambung balik lepas dia pooping merata2...aku pun bersihkan la dengan penuh kasih sayang sambil menyanyi2...huuuu...haruuuu...2 minggu gak la aku trained Zakwan...and finally orang kata berbaloi2...dia da pandai nak cakap nak gi toilet dalam bahasa dia...mencecet la aku lari bawak dia masuk toilet takut tak sempat...de gak kadang2 dia cakap nak gi toilet tapi bile da ready dengan pipe host nak jirus...tak kuar lak air kencingnya...rupanya da terkencing dalam seluar...baru la dia nak btau...Zakwannnnnnn...

Ok lagi...kadang2 kalau lambat bawak gi toilet sesaat jek...percaya la...depan toilet la tempat landing najis2 berkenaan...tak dan da nak selamatkan lantai tu dari jadi mangsa najis2 Zakwan..aku pun turut sama landing kat depan toilet sebab pasrah...haha..

Alhamdulillah...berkat kesabaran dan pertolongan adik2 aku...akhirnya Zakwan da pandai nak pooping and peeing kat toilet dengan cemerlang...good job Zakwan...ibu was very proud of you son ^_^ cuma time malam masa nak tidur baru pakaikan pampers and masa gi jalan2...

Lepas ni nak update pasal Damia lak...sila baca post seterusnya..hehe...terima kasih sayang =)

Monday, August 8, 2011

Bulan Mulia Dengan Sejuta Keberkatan...Ramadan Ya Ramadan...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...bulan yang dinanti2kan oleh umat Islam seluruh dunia datang jua...kerinduan untuk memperbanyakkan amalan dengan harapan Allah meghapuskan segala dosa2 silam dan menambah pahala dan kebajikan bagi setiap amalan biarpun hanya sebesar zarah...

Bersama2 la kite muhasabah diri agar menjadi yang lebih baik di sisi Allah...Aminn

Selamat menyambut Ramadhan kawan2 (^_^)

Kenapa Kau Tak Paham???

Assalamualaikum...

Entry kali ni banyak buat aku sedih...baru2 ni dok berbalas message dengan kawan baik aku dari sekolah lagi...die letak status nak balik kampung...yela...bulan2 Ramadhan ni sape la yang nak dok di perantauan...aku pun komen la..

Aku: bestnye...aku pun nak balik gak...

Si Polan: haha...jom la...ko tak balik ke??

Aku: mestila nak balik...tapi aku tak tau bile baru leh balik...lagipun rasa sayu lak nak balik pose kali ni...

Si Polan: ala...ko jangan la sedih...macam tak redha jek orang tua ko da takde...

Aku terkejut die cakap camtu...aku tak redha???Ya Allah...rasa macam kena hentam jek...pe yang die cakap ni??

Aku: aku bukan tak redha...tapi aku rindu sangat2 kat orang tua aku...salah ke??

Si Polan: takde la...tapi nampak macam ko tak redha...asyik sebut2 jek...

Aku: ya Allah...hanya Allah yang tau betapa aku redha dengan pemergiaan orang tua aku...aku cuma rindu...aku tak pernah lupa doakan diorang...terpulang la pada ko nak pikir pe...

Si Polan: aku tak cakap ko tak redha...tapi asyik sebut2 jek nanti orang pikir pe lak...

Aku: bile masa la yang aku asyik sebut2 jek ni??baru ni la aku cakap...


Entah la...kadang2 aku confuse bile orang selalu salah tafsir pe yang aku pikir dan rasa...aku jadi marah sekejap dek layan komen die...cara die utarakan pendapat die macam tak masuk akal...
takkan la seorang anak tak boleh mengingati memori2 indah dengan parent sendiri...adakah itu maksudnya aku tak redha???terus aku hentikan komen2 aku untuk mengelakkan kitorang dari bergaduh...tapi dalam hati hanya Allah yang tahu....

Aku harapkan kawan baik aku paham pe yang aku rasa...tapi aku silap...rupanya tak semua orang pandai nak main psychology...cara die macam tak kena dengan aku...buat aku lagi bengang de la...pe2 pun aku tak pernah salahkan die...yela...dua2 orang tua die pun masih de...satu hari nanti semua orang merasa kehilangan...cuma cara kite menerima jek yang berbeza2....

Tapi aku tak pernah meratapi pemergiaan orang tua aku...apatah lagi tak redha...Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan menghadapi semua dugaan dan ujian...aku harap hubungan aku dan kawan aku tak renggang sebab hal2 macam ni  (-_-)

OVEN Come to Me...

Assalamualaikum..

Apa punya tajuk daa...hehe..aku sebenarnya da kemaruk da ni...bukan kemaruk pe...kemaruk nak try test cuba resepi2 kek kat blog2 yang menggiurkan ni...tapi tu la kekurangan aku...aku ni bab2 buat kek ni memang langsung tak pandai...basic pun takde...sebab tu tak sabar2 nak suh encik suami belikan oven biar aku leh experiment buat kek aku sendiri...yang tukang merasa lak of course la encik suami kan...sedap ke tak bedal jela abang eh...huhu...

Dalam otak aku ni da dok terpikir nak buat bisnes jual cupcakes la bagai...perggghhhh..angan2 tinggi tuu...tapi de aku kisah???aku rasa tak salah kalau nak berangan benda2 elok ni...betul tak??kawan2 doakan aku...moga2 usaha dan semangat berkobar2 aku ni terus membara sampai pe yang aku nak tercapai...bunyi macam gempak kan...tapi memang gempak la pun kalau orang tak pandai buat kek macam aku ni leh jual kek sendiri nanti...InsyaAllah...

Pulak tu customer dok puji2 kek aku sedap...pastu siap nak order lagi plak...fuuuhhhh..jauh da aku menerawang ni...hahaha...bestnya kalau jadi betul2 ek...takpe2...usaha tangga kejayaan...jangan putus asa...nawaitu tu yang penting...bile da pasang niat InsyaAllah pe2 yang kite nak buat akan menjadi...

Sekarang aku tengah explore seberapa banyak resepi kat blog2...apam polkadot, kek, cupcake, macaroon and etc...aku kena start dari bawah...tapi takpe...sikit2 lama2 pandai la kan...semua orang pun tak pandai masak or baking...tapi kalau de keinginan mesti leh jadi pro gitu...

Ya Allah...mudah2an Kau permudahkan segala apa jua urusan hambamu ini...Aminnn

Saturday, July 16, 2011

Bercanda di Tepian Pantai (^_^)

Assalamualaikum...

"YEAY2...kak Diha nak bawak pegi pantai...bestnya...Nana jom siap2 cepat..!!!"adik aku si Baby jerit2 suka...budak jarang jalan pantai...tu yang excited melambung2 tu...kesian pulak aku tengok...nasib baik pantai kat seberang jalan rumah aku jek...aku pun tak pernah lagi jalan2 kat pantai area rumah aku...selalu pergi kat area Kijal...tu yang tiba2 nak ajak adik2 aku jalan pantai tu...nak explore pantainya ok ke tak...

Lepas semua da solat Asar...dalam kol 4.45 tu kitorang tolak...tak bawak pe2 pun sebab nak tengok2 jek...aku pun drive la sampai kat satu simpang ni...mak aiihhh..!!!besarnya lopak...swimming pool ke pe ni???hehehe...kalau la kancil aku yang comel ni lalu...mau berenang la jawabnya nanti kitorang...tak leh jadi ni...dengan skill drive aku yang hebat mengalahkan Michael Shumacker...aku pun lencong sana...belok sini...akhirnya aku berjaya lepasi lopak2 air yang banyak tak ingat dunia tu....

Sampai la kitorang kat tepi pantai yang indah lagi permai saujana mata memandang...hahaha...ayat nak syahdu...pe daa...adik2 aku pun pe lagi...terus macam orang histeria lari2 jerit2 pergi main air pantai...syok jek aku tengok...aku tak leh la main sekali sebab kena jaga Damia sayang musyuk2 aku ni...Zakwan lak takut nak ikut makcik2 die pergi main air...ngeri bebeno die tengok ombak tu...alahai anak aku sorang ni...maklum la jarang bawak die main2 air pantai...tu yang cuak bila tengok laut...

Adik2 aku plak dok sibuk snap gambar masing2 konon2 nak tunjuk kawan2 kat sekolah lama...macam2..gaya ketam de...gaya siput de...ntah pe2...hahaha...Damia lak aku dudukkan atas pasir...die pun pe lagi...terus meniarap main kuis2 pasir sampai abes masuk pampers die...adik2 aku lak tak puas hati sebab orang lain semua mandi laut...diorang lak tak bawak baju spare...kesian pulak...aku paham perasaan tak dapat mandi pantai...sebab encik suami tak izinkan takut nanti nampak pulak susuk badan isteri die ni nanti...hehe..jeles la tu...aku pun dok janji la kat adik2 esok jalan pantai lagi...leh mandi...

Tapi hari tu berakhir dengan kemarahan aku bila kaki masing2 penuh pasir melekat2...tu tak kira Zakwan punya pasir yang da penuh satu badan...haaiiisshhhhhhh..geram sungguh...tapi takpe la...sekali sekala...sabo jela...











Wednesday, July 13, 2011

TOLONGGGGGGGGGGGGG....!!!!

Assalamualaikum...



Bukan nak kutuk la kan...tapi pening la kepala aku bila tengah syok2 nak terjah blog korang...sampai 5-6 blog skali buka...tiba2...DUNG DANG DUNG DANG..!!!alamak..spoil betul la...da la bingit...pastu bila cari kotak muzik korang untuk stop or pause takde lak...pe cer???terus terbantut hasrat aku nak follow or baca blog korang tau...cuba korang bayangkan kalau 4 daripada 6 blog yang aku buka tu de kotak muzik...tak ke pecah gegendang telinga aku dibuatnya...aduuuuuuuuuhhhhhhhhh...kepada blogger2 yang prihatin dengan telinga bakal2 follower anda...sila2 la remove kotak muzik tu...sebab takde pekdah pun letak kat blog korang...mungkin pekdahnye cuma pada korang...tapi kitorang yang nak follow ni leh memudaratkan kesihatan telinga ok...sekian...post ni adalah untuk kebaikan bersama...bukan nak marah atau keji...tapi tolong la fikirkan blogger2 lain yang mungkin tak selesa dengan kekreatifan anda ok...peace..!!!!

Monday, July 11, 2011

Sakit GIGI???Merana..!!!!

Assalamualaikum...

Macam biasa pagi aku mandikan anak yang sulung...final step adalah gosok gigi lepas main2 buih...tengah syok sental gigi Zakwan tiba2 die cakap "ket"..alamak..!!!sakit ke??apsal??ok cool lagi..baru2 ni balik kampung kat Muar umah mentua...mestila rutin ni masih diteruskan...iaitu mandikan anak2...gosok gigi time!!!gosok atas...gosok bawah...gosok kanan...gosok kiri..."KETTTTTTTTTTT"..eh..sakit lagi ke??pastu tanya mak mentua aku...die cakap "de gigi rosak tu...sebab semalam mak mandikan die de coklat2 kat giginye..."YEKE???cam tak percaya je...bukan main lagi aku jaga kebersihan gigi anak aku...sehari 3kali kot aku berus gigi die...IMPOSSIBLE..!!!!tak mungkin de plak kat gigi anak aku...ak check takde pe2 pun...rabun ke aku??tapi nampak macam de putih2 kat gusi die...nak tumbuh gigi ke??Zakwan masih sama dok melalak2 sakit...nak tau pe mak mentua aku cakap??"die nak tumbuh gigi tu...tadi mak mandikan die mak tengok macam de gigi nak tumbuh..."pulakkkkk....mmg betul la firasat aku...pastu aku tanya mentua aku..."de lagi ke mak coklat2 kat gigi Zakwan??"...die jawab.."takde...sisa makan kot"...aduuuuuhhh...bikin aku kaget jek mak aku sorang ni...nak tau sebab pe die nampak de coklat2 kat gigi anak aku??sebab Zakwan baru lepas makan...da tu mak mandikan Zakwan tapi tak gosok gigi die...memang la nampak kotor...takpe2...yang penting gigi anak aku masih comel...hehe..


cantik tak gigi saya???

ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

wajah2 keriangan sambil menunjukkan gigi die yang ciput2 

Saturday, July 9, 2011

Kesian Abang =(

Assalamualaikum...

Tadi jalan2 mall sebab nak jumpa adik aku yang belajar kat UiTM Dungun...walaupun jarak Kerteh dengan Dungun tak sampai sejam...tapi sebab tak berkesempatan dan sibuk hanya call dan sms jek yang mampu...bila die call kata nak jumpa kat Mesra Mall aku dan adik2 yang lain pun suka la...bukan senang nak jumpa adik aku sorang ni...busy memanjang...bese la...kita semua pun pernah merasa student life...kalau tak sibuk dengan kuliah....mesti de exam la quiz la...ehhh...bukan ke ak nak cerita pasal kat mall tadi...melencong lak dia...

Masa kat mall Farid (adik aku) masuk la Al-ikhsan...kedai favorite orang laki...bese la...die de bekenan satu beg ni untuk bawak kuliah...tapi aku lak tengah dalam mode berjimat cermat yang teramat...sebab korang paham2 la hidup aku sekarang da tak sama macam dolu2...de 3orang adik2 aku kena besarkn ...jadi tak dapat nak belanja adik aku sorang tu...nasib baik die paham...tapi sebagai kakak mestila rasa tak sedap kan bila adik2 tak dapat pe yang diorang nak...hampeh ke aku ni sebab tak belikan die beg tu...damn rasa diri macam tak guna jek sebab tak dapat bagi pe yang die nak walaupun benda tu tak la mahal bebeno...

Dengan condition aku yang tak bekerja dan hanya mengharapkan nafkah dari suami...sangat2 geram bila cakap pasal keje ni tau...da berpuluh resume and application aku hantar...tapi masih takde kekosongan...bila da dapat offer lak aku de kat Terengganu sedangkan keje yang aku nak kat Muar...macam ne tu...xpela...tu namanya bukan rezeki aku...tapi mudah2an Allah buka pintu rezeki aku luas2 biar aku dapat tolong suami dan adik2 aku....aminnn..

SMK Rantau Petronas (^_^)

Assalamualaikum...

Penat betul ulang alik sekolah adik2 uruskan pertukaran sekolah diorang...excited gak la nak bawak diorang tinggal dengan aku kat Terengganu...yela..lepas MAMA takde adik2 da jadi tanggungjawab aku sepenuhnya sebab aku kan anak sulung...sekarang ni tanggungan da bertambah...semoga Allah permudahkan urusan aku membesarkan adik2 dan anak2 aku...cakap pasal sekolah ni....rasa macam da expert jek bile aku la yang turun naik sekolah...pastu gi PPD Kemaman...da tu pulak gi sekolah baru diorang...seronok tengok adik2 balik sekolah dok cite pasal kawan2 baru...alhamdulillah diorang leh sesuaikan diri kat Kerteh ni...di sebabkan kuota pelajar kat SMK Rantau Petronas ni sikit jek dalam 300++ orang aku rasa ni mmg sekolah terbaik kat sini sebab cikgu2 leh pantau pelajar dengan teliti....sekolah tu pun tak jauh dari rumah aku kat Rantau Bukit...depan jek...cuma aku la kadang2 kelam kabut dengan nak masak la...urus anak la...then terkejar2 nak amek adik kat sekolah pulak...heheheh...da macam super woman lak aku ni...now everything going smoothly on its lane...insyaAllah aku pun tengah cuba nak membiasakan diri dengan semua ni dan slowly take it as my responsible...aku kan kuat...mesti leh buat punya...FIGHTING NAD...!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 15, 2011

Akak Redha Dengan Pemergian MAMA =(

Assalamualaikum...

Tanggal 4/5/2011, Sabtu malam yang lalu..MAMA pergi meninggalkan dunia dan kami adik-beradik...sedihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui...tapi Alhamdulillah Allah memberi kekuatan pada kami untuk tidak bersedih terlalu lama...hanya doa mengiringi pemergian...mengharapkan MAMA aman dan terpelihara di bawah jagaan Allah s.w.t....sekarang yang berlegar dalam fikiran hanya kebajikan adik2 yang masih kecil...4 orang masih bersekolah...Farid masih meneruskan pengajian di UiTM Dungun...Ira dan Nana masing-masing baru di tingkatan 1 dan 2...adik bongsuku, Baby baru darjah 4...dalam usia yang masih terlalu muda adik2 ditakdirkan menjadi yatim piatu...MAMA dan AYAH pergi dalam usia yang terlalu muda...kedua2nya meninggal ketika berusia hanya 47 tahun...kami 7 beradik rasa bersyukur kerana ramai yang masih mengambil berat...mudah2an Allah membalas segala jasa baik mereka pada kami yang yatim piatu ini...Al-Fatihah untuk kedua orang tuaku MOHD RAZALI BIN AHMAD (ayah) dan NOR ASMAH BINTI ABDULLAH (mama)...akak doakan kita sekeluarga akan berjumpa di syurga.. 

Thursday, April 28, 2011

Kerja...Datang La Padaku..Sob3..

Assalamualaikum...

Jenuh dah aku hantar resume...tapi takde company pun nak bagi iterview...
tu la 1 yang aku risau...maybe sebab takde experience kerja kot...
haduuyyyyy...bila jadi macam ni rasa malas pulak nak kerja...
ermmm...rezeki tak memihak pada aku la..seronok tengok orang lain kerja..
walaupun diorang kata kerja tu boring..tapi aku tak pernah merasa pun apa itu KERJA...
apalah nasib diriku yang malang ohh Tuhan...huuuuu...

Monday, April 18, 2011

YEAY2..Dapat Award dari Mama =)

Assalamualaikum...

Comel x?? Jangan jeles =P

Award ni dapat sebab jadi follower mama yang ke-500..
woww..ramai tu..
terima kasih Mama...friend 4ever :-)
Nadhia mesti follow blog Mama..
sebab nak pandai masak macam Mama..hehe

Nak Muntahlah!!!!


Assalamualaikum...

Satu lagi hari yg memenatkan...tadi lepas Zakwan menangis sbb Ibu xbagi main game..die termuntah...alamak..GERAM banyak kali ...xpe..sabar2..mula2 bawak die masuk toilet..pastu terus bersihkan muntah...da lali da..macam2...lepas 2 g toilet balik nak marah xsampai hati..kesian la plak..mandikan,sabunkan,shampookan smpai bersih..lepas 2 buatkan susu untuk Zakwan..buat skali untuk Damia sbb nak tidokan die..masa dok sibuk dgn Damia..tengok2 Zakwan da tido..fuuhhh..lega sikit bile tengok die tido...sbb die ni payah sgt nak tido petang...dapat gak la nak cool down sikit...sbb tadi da panas je..hehe..

Monday, April 11, 2011

HUUIISSSHHHH!!!!Berhabuk blog..hehe..

Assalamualaikum..

Lama da tak jenguk blog ni...last update awal bulan Mac...
fuuuhhhh..lebih sebulan terbiar..bersawang tak ingat da haa..
tadi jenguk2 blog and FB Kongsi Resepi..
bestnye tengok diorang buat kek, apam polkadot yang comel tu...
senang jek..memandangkan da rasa teringin sgt nak buat...
nanti nak kecek encik abang suh belikan bahan2 la...
tak sabar sebenarnye nak masuk rumah sendiri...
tapi rumahnye masih dalam constraction...siap da..
cuma nak dapatkan CF untuk masuk rumah...
takde la...kalau kat rumah sendiri mesti complete sume household macam oven, pengukus dan sewaktu dengannya la...
jadi nak masak pe2 punn senang..tak payah tangguh2 sebab sume da de...
sekarang ni sebab masih menyewa dan jauh lak tu dari kampung halaman...
barang2 kat rumah ni pn tak berapa nak complete..
bile rasa nak buat kek..oven lak takde...
nak cari bahan pun susah sebab tak berapa familiar dengan kawasan ni...
haaduuyyy la..kalau la leh cakap nak barang pe macam tu je...PLING..da de depan mata...
kan ke best..hehe..start da ngarut aku ni...
kemaruk sangat da nak try test cuba buat kek macam orang lain...huuuuuuuuu =(

Friday, March 4, 2011

Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan (^_^)



Korang tau tak dengan hanya tepuk tangan korang leh bakar kalori dalam badan...aku ternampak kat tv then starting wondering...kalau hanya dengan tepuk tangan je...senang la...1 clap = 1 calorie burn...kirenye kalau korang nak bakar banyak2 kalori kena la tepuk tangan selalu....tapi jangan la buat kalau takde function..haha...xpasal2 orang kate kite sewel lak nanti...just nak share dengan korang fact ni...selamat membakar lemak!!! =P





Tuesday, March 1, 2011

Jom Terjah Bloglist MAS

(click sini utk terjah)
Tak sangka sekejap je da masuk bulan Mac...disebabkan tu gak nak tolong dik Mas ni promote bloglist die...harap kawan2 sudi follow blog baru yang tak seberapa ni...korang kena jenguk blog adik ni...comey la blog die...suke sangat...mas ni sangat kreatif men'touchup' blog die...sbb blog die yang comey ni akan buat korang asyik nak terjah jek blog die...hehe (ni bukan bodek eh dik Mas...harap maklum)...harap2 dengan jadi friend dalam bloglist Mas will increase my followers...hopefully (finger cross...huhu..)...kalau leh nak mintak tolong mas dan kawan2 tolong like pict baby2 akak untuk CONTEST BABY COMEY...just klik kat SINI dan SINI gak...Thanks kawan2 =)

Monday, February 28, 2011

Damn Cockroach!!! Flushed It Dik!!!!!

Haha...kelakar gila semalam tengok Zakwan...terkedek2 lari masa nak sembur ridsect kat lipas...takut kena kejar dengan lipas la tu...masa lipas tu menggeletek nak mati..Zakwan kuis2 lipas tu nak tengok da betul2 mati ke belum...die pegang sesungut lipas tu then terus gi toilet...ingatkan nak buat pe...upenye die nak flush lipas tu dalam toilet...hahaha..padan muka ko wahai cik lipas yang menggelikan..yyaaakkkkkkkkkssssssssss...eeuuuuwwww..benci aku kat ko lipas...bijak betul Zakwan...leh plak tu dapat idea nak flush lipas dalam toilet..before this takut sangat2 kat lipas...sekarang da jadi hero la...tak takut pe2 da sekarang...hehehe..

Sunday, February 27, 2011

Bestnye kalau MENANG!!!!

Damia Safiyyah
(sila klik nama saya)
Harith Zakwan
(sila klik nama saya)

Wahai kawan2ku yang budiman...marilah bersama2 'like' gambar anak2 aku yang comey sangat2 ni kat FB...klik jek kat nama anak2 aku kat atas...then like tau...like banyak2 (macam boleh)...hahaha...kalau korang rajin sangat2...leh la tolong aku promote link ni kat kawan2 korang eh...Thanks...korang memang ROCK!!!

Opsss..before aku terlupe...thanks sgt2 yang tak terhingga kat kawan2 yang da like and tolong aku promote anak aku dalam Contest Baby Comey ni...korang sangat baik =)

Hampeh punya Astro =(


Bukan Astro ni yang aku hampehkan..kalau tengok astro ni..perkataan yang paling sesuai ialah Subhanallah Maha Suci Allah....

Tapi kenapa la rancangan kat Astro ni tak buat aku rasa macam best aku tengok astro yang kat atas ni..
tension la..da la boring...fade up..dan sebagainya...da tu bila buka tv asyik2 cerita yang sama..da naik hafal da dialog diorang...tengok cerita cartoon camtu gak...balik2 tengok Mr Bean dengan lawak yang sama...sampai da tak lawak da bile tengok...nak muntah de la...kalau Astro ni tukar cerita paling2 pun sebulan sekali leh blah la juga...ni macam da tengok setahun pun masih cerita yang sama...mahal tau aku bayar Astro...orang lain pun sama...bukan nak tengok cerita yang berulang2...bukan takde orang buat report...kalau aku selak paper mesti de je orang dok komen Astro teruk...tapi takde tindakan langsung dari Astro...HAMPEH tol!!!Sape yang setuju dengan aku angkat kaki??

Thursday, February 17, 2011

Happy 10th Birthday BABY!!!


Tak lama lagi birthday adik bongsu aku, Baby...haha...da tua2 pun panggil baby lagi...20/2 ni la birthday die...tapi aku tak dapat balik kampung la...sedih betul...mesti adik aku pun sedih kan??kesian my baby sis...da la baru2 ni mama masuk hospital sebab kena buat treatment...sebulan tau mama kat hospital...kat JB lak tu...sebab specialist yang rawat mama tu cuma de kat sana...macam mane la adik2 aku nak datang tgok...jauh tu Muo dengan JB...

Tapi aku and adik2 yang lain da tong2 untuk birthday baby...just aku and my bro, Farid takde...sebab Farid kat UiTM Dungun...ne de cuti nak balik...bru 2 minggu lpas die blik masa mid break sem...
jadi tinggal Dila, Ira and Nana jela yang sambut birthday dengan Baby..owh..ayah pun de gak...wish i could be with them...unfortunately i can't...poor me =(

Kak Dhia doakn Baby sentiasa berada dalam inayah Allah, dimurahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan jadi anak dan adik yang baik...Aminnn..

Syukur Ya Allah =)


Alhamdulillah...betambah kawan2 followers...terima kasih sangat2 kat kawan2 yang sudi follow...1st time buat blog ni tak tau nak tulis pasal pe...arini start macam biasa...lepas bangun untuk solat Subuh...aku capai iron untuk gosok kemeja suami aku untuk pergi kerja...lepas tu terus on laptop and streamyx...layan FB la pe lagi..hehehe...sambil layan FB aku update gak blog aku ni...rupanya bukan senang gak nak buat blog ni...baru semalam ak touch up blog aku ni...nampak la cute sikit..haha...kalau tak orang nak singgah pun tak lalu agaknye..haha...tengah dok layan internet...anak2 aku da bangun daa...terus anak sulung aku tarik tangan aku suh buka tv nak tengok cartoon...mr bean and mickey mouse clubhouse la favorite die...sampai cousin aku pn panggil anak aku mr bean...de ke patut...Zakwan..Zakwan...baby Damia lak dok sembur2 air liur die...habis gugur rambut aku...biasa la..korang penah dengar kan...kalau baby 3-4 bulan memang suka sembur2...and the effect goes to mom...rambut gugur la...tapi takde la sampai nak botak...bese2 jek...cuma tahap keguguran tu agak menakutkan sebab setiap kali shampoo or sikat rambut de je rambut yang 'tercabut' dari kulit kepala aku ni...haaaa...tu diee...anak aku da gelek2 menari dengan mickey mouse...hahahhaa...sambil angkat2 tangan...punggung dia lagi tak leh blah...hahahaha....ni la pengarang hati aku...Zakwan dengan cartoon and all the toys...besepah rumah...memang die expertise bab2 sepah...Damia lak suka pusing2 sampai tergolek kat lantai...ni lah rutine harian aku bersama anak2...tak jemu layan diorang...soo..tu jela muqadimah aku untuk pagi ni...nak upload gambo anak2 aku...tapi semua gambo2 dalam external hard disc...tetinggal kat kampung lak tu...aiseymann...



Wednesday, February 16, 2011

Saya Punyai 100 - 500 Followers

BEN ASHAARI
[ Click untuk Join! ]

JOM!!!Sape yang tak berapa nak ramai follower tu leh klik kat link di atas..sebab aku pun tak berapa nak ramai tu nak test try kot2 leh dapat ramai followers...sebab abang Ben ni da nak dekat 10K tu followers die..caya la!!!mudah2an my trial to get more and more followers worthy la dengan buat advertisement ni..hehehe =)

Sunday, February 13, 2011

English Style Items For Sale

Hi uolls...mesti ramai yang suka perabot2 english style kan??kat sini de banyak pilihan...dari sekecil2 hiasan ke sebesar2 perabot...sume ada...you named it...if de yang nak request perabot yang saya tak upload kat blog ni...cakap je ok...semua ada...enjoy viewing and happy shopping darlings =)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh call or sms:
019-6239887 (Nadia)
019-9821805 (Zaki)


Atau leh klik kat SINI untuk ke blog rasmi kitorang..

Heart Shape Pillow
RM45


**************************************************************************


Stripe Ottoman Chair
RM500


**************************************************************************

Flowery Ottoman Chair
RM500


**************************************************************************

Shoes Closet
RM1300


**************************************************************************

Dining Table with 4 Chairs
RM1000

**************************************************************************

Flowery Sofa 1
RM1400


**************************************************************************

Flowery Sofa 2
RM1400


**************************************************************************




Friday, February 11, 2011

Mataku Berdenyut2..

Entah kenapa mata kanan aku ni tak abes2 nak denyut2...takut lak aku...da la masa tu laki aku kat Indonesia sebab keje...kalau jadi pe2...tak ke naya jadinye...aku bukan nak percaya sangat kate2 orang pasal mata denyut2 ni...tapi korang pun pernah dengar kan...kalau mata denyut2 de benda buruk or baik jadi...


WALLAHU'ALAM...sume aku serahkan pada Allah...semoga aku sekeluarga dijauhkan dari perkara2 yang buruk...aminn..

Banjir Oh Banjir..

Kasihan...Tu jela yang mampu aku katakan kat orang2 yang jadi flood victims ni...last mid december umah aku yang kena banjir...sampai tong gas petronas tu pn leh 'terbang' kat laman umah ak...hahaha..lawak tol tengok tong gas tu terapung2...nasib baik air xmasuk umah...2 inci lagi...fuuuhhhhh..kalau tak naya nak mengemas umah..

Baru2 ni nak balik Muar dari Kerteh stuck kat Segamat...perrggghhhh...dok pening da nak tido mana...ari da malam...padahal tinggal kurang dari setengah jam lagi nak sampai kampung...anak2 da nangis2 sebab tak selesa dok lama sangat dalam kereta...my hubby lak drive sana sini semata2 nak cari hotel...bila da jumpa hotel...guess what??sume full la!!!hahaha..mmg nasib kitorang la...cari masjid and parking kat situ...then anak beranak 'camping' dalam kereta...though naik MPV...tp bese la...bile da tido dgn anak kecik...sume jadi sempit...terpaksa la aku dan suami berasak2 semata2 nak bagi ruang yang selesa kat anak2...cian anak2 aku...da la sejuk...kena lak tido sepanjang malam dalam kereta dengan barang2 yang banyak...hehehe..

Tengah malam tu pulak...macam bese la...mesti la baby aku melalak nak susu...terpaksa redah hujan nak ke toilet cuci botol susu...sejuk mak aiii...macam ais...lepas da layan baby...nak tido balik tak leh...sebab 'sangat2 selesa' kat dalam kereta ni..hahaha..

Esoknye...suami aku call cik polis tanya update terkini pasal jalan2 yang da dibuka area2 Gemas...masih tutup daa...perut da lapar...bile la leh sampai kampung ni...air panas pun da habis...terpaksa la anak aku minum susu guna air bese...xbest kan jadi mangsa banjir???

Tengahari tu de berita baik dari cik polis...die cakap jalan kat Gemas da buka...pe lagi...terus suami aku pecut kereta redah jalan...tapi terpaksa la kitorang pusing 'jauh' sikit...sikit la sangat kan...masuk jalan Kuala Lipis uollss!!!xpenah2 sampai sana...amek ko...sebab banjir dapat la gak aku sampai Kuala Lipis...suami aku start la cite jalan tu jalan ni yang bas lalu masa nak hantar die balik asrama dulu2...yang paling geram sekali die cakap pakej sekali bawak aku and anak2 gi jalan2...huuu...kena la cubit sedas..hahaha...

Da puas pusing2 sampai pening sebab suami aku tak tau sangat jalan2 kat situ...akhirnye!!!kitorang pun sampai highway...sepanjang jalan tu...air kat tepi2 highway sume penuh da...memang sure la sikit masa lagi naik kat jalan...tengah dok tengok2...tiba2 je jammed...apsal ek??excident ke??bukan laa...air da naik jalan...dari 3 lane jalan jadi 1 lane je...bile sampai tol Ayer Keroh lagi la aku happy...tak sabar sangat aku nak sampai kampung...nak mandi2...nak baring2...baru sehari tu dalam kereta...da macam pe ntah...

ALHAMDULILLAH...finally sampai gak kat kampung tercinta...walaupun tak la best sangat sebab terperangkap dalam banjir...tapi best gak dapat rasa jadi mangsa banjir ni...mungkin sebab Allah nak uji aku and family...aku redha...yang penting sume selamat...tu jela yang aku leh cite sepanjang menjadi mangsa banjir...kehkehkeh =)

Thursday, January 27, 2011

Kerinduan...

Bile aku tengah dok saje2 ni..tak buat pe2..tiba2 rasa rindu sangat2 nak lepak dengan kawan2 macam masa sebelum kawen..walaupun kitorang dok ngomel2 pun jadi la...bukan pe..nak cakap dengan anak...anak aku tak pandai cakap lagi..takkan nak cakap dengan kerusi lak..hehehe =P masing2 da de tanggungjawab sendiri..de yang da keje...de yang da kawen gak macam aku...de yang blajo lagi..ntah bile nak sudah..baru2 ni ramai kawan2 aku yang da kawen dan tunang..yang nak betunang pun ramai..



Nadiah
Apah