Tuesday, November 22, 2011

part 3 - 50 ransangan anak bijak

Assalamualaikum...

Sambungan untuk part 3 lak..korang da praktiskan ke lom??cepat2...nak anak bijak tak...insyaAllah...tak salah cuba...

21- ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali un dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22- BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23- LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24- BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25- IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar2 mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangka secara terbalik atau ketawa.

26- BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia snetuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama 3 ke 4 kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27- RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek2 selamat yang lain sambil melabelkan barangan tersebut.

28- CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannyadan tukar nama watak utama kepada nama anak supaya dia seronok.

29- BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai kepadanya.

30- (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

Feeuuuwwww...beres pun entry kali ni..da jammed da tangan aku...tapi untuk info berguna ni aku sanggup...semoga kita dapat manfaatkan bersama..ceeewwwaaahhhhh..hehehe...

Monday, November 21, 2011

Part 2 - 50 ransangan anak bijak

Assalamualaikum..

Ni sambungan untuk post yang lepas...sharing is caring uolls..

11- SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan teksture yang berbeza2; sutera, kain kapas, kain tuala dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain2 tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12- PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13- BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum membuka suis anda mengajar sebab dan akibat.

14- BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15- SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16- BACA BUKU BERULANGKALI
Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda 8 bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17- MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuat bayi ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18- JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biar anak anda meneroka dan lihatlah kemana dia membawa anda.

19- MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh anak pula memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20- BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan teksture yang berbeza - termasuklah kacan pea yang dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

Saturday, November 19, 2011

Part 1 - 50 ransangan menjadikan anak2 bijak

Assalamualaikum...

Tadi aku de buka satu blog ni...best la info dia...sebenarnya tertarik dengan produk yang di jual untuk boosting breast milk...ne la tau de rezeki aku dapat anak lagi...leh try...sebab kalau leh aku memang nak fully breast feeding...suka bila tengok anak dekat jek dengan kita...macam tercurah semua kasih sayang...so ni de sikit info aku nak share..

1- BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam2 anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2- BERCAKAP2 DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3- JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya kanak2 yang bersekolahyang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4- JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda 2 hari dapat meniru pergerakkan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5- HASILKAN BUKU BINATANG
sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar haiwan2 kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi2 binatang dan cerita haiwan.

6- GELETEKLAAH BAYI ANDA
Geletek seluruh tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah2 panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7- TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar2 tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihatnya kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapa\t membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8- BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan2 dalam pendukung yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9- NYANYILAH LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles. Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran Matematik.

10- GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian2 badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

OK....relax jap eh kawan2...lenguh lak tulis panjang2...nanti sambung tulis lagi kat next post...tungguuuuuu..

Credit to Ibu.Dia&Shaklee

Wednesday, November 16, 2011

Sumbangan khas Untuk persekolahan 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...tu je yang mampu aku ucapkan untuk rezeki yang Allah limpahkan...tak putus2 sumbangan dan sedekah untuk adik2 aku yang yatim piatu dalam usia muda...InsyaAllah...sumbangan ni nanti dapat la topup mana2 yang kurang...though tak banyak mana tapi aku dan adik2 teta bersyukur...

Semalam dan hari ni de upacara pengagihan sumbangan untuk pelajar2 sekolah kerajaan seluruh Malaysia...maksudnya tak kira status pekerjaan parents...gaji besar ke...gaji kecil ke...semua dapat..macam yang ditetapkan dalam goverment budget untuk tahun ni...

Syukur ^_^

Monday, November 14, 2011

sukaneka family kami ^_^

Assalamualaikum...

Di suatu petang yang indah...ceewaaahhh...ayat pujangga da keluar da...hehehe...tak nak mukaddimah panjang2...petang tadi lepas suami aku balik dari office...dia tanya anak bujang aku, Zakwan nak main bola ke tak...anak aku memang pantang ajak main kat luar...laju jek dia...terus dia capai bola dan seluar (mesti korang pelik kan)...sebenarnya dia ni tak suka nak pakai seluar lepas buang air..maklum la baru belajar tak payah pakai diapers...kalau da dipaksa pakai seluar semula...dia akan pergi kat satu sudut untuk lucut seluar dia balik...sabar je la...

Ok..da ready2 ni nak main kat luar..seperti yang aku jangka...memang suami aku je yang beria nak ajar Zakwan main bola...yela...kot2 boleh jadi macam safee sali ke..hehe...Zakwan pulak lagi suka main golek2...konon2 sepak bola tak kena pastu golek je yang lebih...abes baju kotor...layan jela...aku lak gomol Damia sambil2 tengok dia jalan sana sini...siap posing2 lagi atas rumput...memang aku sental la ni jap lagi masa mandi...hahaha...

Adik2 lak main badminton...menjerit2 dorang main...da tu bila tak dapat pukul shuttle cock tu dok la salahkan angin...haaduuuyyyy...iyo la dik..macam la de angin petang ni...eerrmmmm...macam tu la activity aku and family...memang jarang berjalan..tapi try to create something yang leh hilangkan bosan sebab dok terperuk kat rumah jek...well...memang best la...kalau penat pun leh lepak kat rumah...kalau berjalan2 nak kena cari tempat lepak2 (ayat cover)...sekian ^_^

Sunday, November 13, 2011

Sume2 Zakwan Punya

Assalamualaikum..

Tengahari ni pukul 1.10 macam biasa la aku get ready untuk amek adik aku kat sekolah...lepas da bersiap2 aku pun start enjin kereta..letak Damia kat baby seater sambil bagi toys sebab kalau tak nanti mesti aku tak leh nak drive punya asyik nak pegang Damia yang nak capai stereng la, gear la...

Turn Zakwan lak...bila aku pusing nak masukkan dia dalam kereta tengok2 tangan dia penuh la dengan kasut2 dia...pastu buat2 muka cute kat aku so that aku izinkan dia bawak sume kasut2 tu...unfortunately aku tak bagi..hahaha..kejam tak??bukan pe...nanti semak la kereta tu dengan kasut dia jek...bukan nak jalan2 jauh pun...gi amek maksu dia kat sekolah jek...tu pun depan rumah jek sekolahnya...

Takpe la...lain kali kalau kita jalan2 ibu bagi Zakwan bawak sume kasut2 Zakwan eh...anak ibu nii...macam2 la..

Friday, November 11, 2011

Tahun Kawan2 Kahwin Paling Ramai...

Assalamualaikum...

Lepas satu2 jemputan aku dapat...memang meriah betul tahun ni...sorang2 kawan aku dok ubah status single diorang...Alhamdulillah...bagus la de banyak masjid...lari setan2 sume..hehe...

Kawan2 sekolah menengah, matriks johor, UiTM Segamat, UiTM Dungun, sume2 la menjemput aku...tapi aku ni plak rasa berdosa sebab tak memenuhi jemputan...maklum la dok jauh nun kat Kerteh, Terengganu...kawan2 lak ramai orang Johor...dengan tanggungjawab baru aku membesarkan adik2 selepas pemergian Mama ke rahmatullah...aku tak dapat datang majlis kawan2...kira de sebab yang munasabah la ek...sorry sangat2 sebab tak gi majlis korang =(

Tapi yang penting aku sangat2 mendoakan kebahagiaan kawan2 aku..semoga korang kekal bahagia sampi ke syurga Allah dan dapat zuriat yang comel2...aminn =)

Nak listkan gak la sape kawan2 aku yang da kahwin and akan kahwin tu..hehe...


# Hayati Ghani (5/3/11) - geng UiTM Segamat
# Ainun Najwa (13/3/11)  - geng UiTM Segamat
# Nurul Syahirah (10/4/11) - geng matriks Johor
# Siti Arfah Mohamed (30/4/11) - geng SMK
# Harniza (1/5/11) - geng SMK
# Nurul Huda Badrul Hisham (7/5/11) - geng SMK
# Norazah Hashim (8/5/11) - geng SK
# Sabrina Othman (9/7/11)  - geng UiTM Segamat
# Nor Azah Abu Bakar (3/9/11) - geng SMK, matriks merangkap adik ipar aku
# Aziera Barni (9/10/11) - geng matriks Johor
# Nadzirah Salihan (16/10/11)  - geng UiTM Segamat
# Zulaikha Abu Bakar (29/10/11)  - geng UiTM Segamat
# Nururzakiah Aliah@Yuyu Alias (26/11/11)  - geng UiTM Segamat
# Nadiah Halim (26/11/11) - geng SMK
# Nurul Zaharah Sidek (27/11/11) - geng SMK
# Nornadira Mohd Asari (11/12/11) - geng matriks Johor
# Shahefhariza Shahrom (11/12/11)  - geng UiTM Segamat

Banyak kan??ni baru separuh...xlarat da nak listkan sume2 jemputan...tp jemputan untuk cuti sekolah ni insyaAllah leh attend sbb xperlu da nak tunggu adik2 balik sekolah...

Untuk kawan2 aku yang da selamat menikah...ak doakan korang dapat baby yang comel2...yang akan kahwin...Selamat Pengantin Baru in advance...semoga bahagia macam aku, suami and anak2...insyaAllah..aminn ^_^




Damia Safiyyah...Model Kanak2 Comel ^_^

Assalamualaikum...

Hehehe..title nak poyo...biar la..blog ni aku yang punya..haha...mak mana je la..kalau da anak sendiri mesti nak puji comel punya...da susah payah lahirkan, susukan, besarkan segala...kan2 korang...mesti korang pun camtu...

My precious Damia da genap setahun sebulan awal November ni...tak sangka la..memang sekejap sangat2 anak2 membesar...sebab tu orang kata rugi kalau terlepas tengok anak2 walau sehari...takkan boleh korek da kat mana2 keletah anak2 yang kita missed...rasa bertuah lak aku sebab walaupun tak bekerja aku dapat jaga sendiri anak2...mandikan, suap makan, main sama2, ajar baca buku, solat...Allah Maha Besar...dia tau pe yang baik untuk aku...

Dalam hati ni kadang2 memberontak gak nak kerja...tapi bila mengenangkan anak2 yang perlukan perhatian...tolak tepi dulu soal kerja...kerja boleh dicari...anak2 ni amanah Allah...kena la jaga sebaik2nya...

Ok cakap pasal Damia...dia da start berjalan masa 10 bulan...cepatkan??proud of her...sekarang ni tak payah cerita da dia punya laju kalau berjalan...tak kenal apa itu brek...hehehe..menonong jek macam lipas...bile da jalan laju sangat mesti la terhuyung-hayang...tapi tak jatuh lak tu..pelik2...aku ni da get ready nak jerit kot2 dia jatuh...haha..

The latest dia da pandai memanjat and turun sendiri...well done Adik...berkat latihan panjat-memanjat badan sesiapa je yang tengah dok baring2...tak kira la abah dia ke...aku ke...sume la dia lanyak...PRACTICE MAKE PERFECT right??sekarang ni da terlebih perfect da pulak...ni kalau aku tengah sibuk megadap laptop...mesti dia nak panjat atas meja nak ngadap sama...bersungguh2 lak tu...memang kalau sampai kat aku memang kena gomol la anak ibu ni...hiissshhhh..geraammm...

Pastu satu lagi yang paling best...Damia da tak nak tidur dalam buaian...yang penting kena de susu yang suam2 and tilam...pastu selamat...da zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...senang la ibu pasni kalau nak jalan2...tak payah da nak buai2 segala...mana nak cari buaian kalau jalan2 kat mall...hehe...tapi anak dara aku sorang ni memang tak berapa nak cerewet...Alhamdulillah...senang dari saat aku lahirkan dia lagi...esok da besar jadi anak yang solehah eh Adik..insyaAllah...aminn...ibu doakan dua2 anak ibu...

Setakat ni tu jela progress Damia...takde kena mengena dengan title pun..hahahaha...tapi pe2 pun Damia tetap model comel ibu...cayang dia ^_^

Ampuuunnnn Wahai Blog ^_^

Assalamualaikum...

11/11/11...la ni setelah 3 bulan tak jenguk2 blog baru la dapat mengomel semula...rasa macam 3 tahun...bukan apa..nak kata busy tak la busy sangat...tapi nak kata tak busy pulak nampak macam busy sesangat...pe la ak dok mengarut ni...

Takde pe2 yang baru nak share...just baru2 ni aku dok ajar anak bujang aku tak payah pakai diapers...jimat sikit..hehehe...tapi ya Allah dugaan maha hebat dari anak bujang aku yang comel ni...1st day asyik la terkencing2 dalam seluar dia...sampai da takde seluar da nak pakaikan...mulut ni dok la mengajar anak biar dia set in mind that no pooping and peeing in his pants...but...at last dua kali terceret...skali kat dalam bilik aku...skali lagi kat living room depan tv...dok syok tengok cartoon sampai tak sedar da terceret agaknya...errmmm...mulut ni tak abes2 beristighfar...mintak Allah kuatkan iman ni...sebab kalau tak diajar nanti susah pulak...bayangkan baru umur 3 tahun da pakai diapers size xxl...mana taknya..berat dia da cecah 17kg...memang harapan la nak dukung lama2...ter'peleot' tangan mak...kalau besar sikit lagi rasanya kena pakai diapers orang dewasa lak...hahaha...tu la size paling besar nak habaq untuk budak2...

Sambung balik lepas dia pooping merata2...aku pun bersihkan la dengan penuh kasih sayang sambil menyanyi2...huuuu...haruuuu...2 minggu gak la aku trained Zakwan...and finally orang kata berbaloi2...dia da pandai nak cakap nak gi toilet dalam bahasa dia...mencecet la aku lari bawak dia masuk toilet takut tak sempat...de gak kadang2 dia cakap nak gi toilet tapi bile da ready dengan pipe host nak jirus...tak kuar lak air kencingnya...rupanya da terkencing dalam seluar...baru la dia nak btau...Zakwannnnnnn...

Ok lagi...kadang2 kalau lambat bawak gi toilet sesaat jek...percaya la...depan toilet la tempat landing najis2 berkenaan...tak dan da nak selamatkan lantai tu dari jadi mangsa najis2 Zakwan..aku pun turut sama landing kat depan toilet sebab pasrah...haha..

Alhamdulillah...berkat kesabaran dan pertolongan adik2 aku...akhirnya Zakwan da pandai nak pooping and peeing kat toilet dengan cemerlang...good job Zakwan...ibu was very proud of you son ^_^ cuma time malam masa nak tidur baru pakaikan pampers and masa gi jalan2...

Lepas ni nak update pasal Damia lak...sila baca post seterusnya..hehe...terima kasih sayang =)