Saturday, November 19, 2011

Part 1 - 50 ransangan menjadikan anak2 bijak

Assalamualaikum...

Tadi aku de buka satu blog ni...best la info dia...sebenarnya tertarik dengan produk yang di jual untuk boosting breast milk...ne la tau de rezeki aku dapat anak lagi...leh try...sebab kalau leh aku memang nak fully breast feeding...suka bila tengok anak dekat jek dengan kita...macam tercurah semua kasih sayang...so ni de sikit info aku nak share..

1- BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam2 anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2- BERCAKAP2 DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3- JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya kanak2 yang bersekolahyang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4- JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda 2 hari dapat meniru pergerakkan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5- HASILKAN BUKU BINATANG
sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar haiwan2 kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi2 binatang dan cerita haiwan.

6- GELETEKLAAH BAYI ANDA
Geletek seluruh tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah2 panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7- TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar2 tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihatnya kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapa\t membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8- BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan2 dalam pendukung yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9- NYANYILAH LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles. Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran Matematik.

10- GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian2 badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

OK....relax jap eh kawan2...lenguh lak tulis panjang2...nanti sambung tulis lagi kat next post...tungguuuuuu..

Credit to Ibu.Dia&Shaklee

No comments:

Post a Comment