Tuesday, November 22, 2011

part 3 - 50 ransangan anak bijak

Assalamualaikum...

Sambungan untuk part 3 lak..korang da praktiskan ke lom??cepat2...nak anak bijak tak...insyaAllah...tak salah cuba...

21- ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali un dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22- BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23- LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24- BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25- IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar2 mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangka secara terbalik atau ketawa.

26- BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia snetuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama 3 ke 4 kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27- RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek2 selamat yang lain sambil melabelkan barangan tersebut.

28- CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannyadan tukar nama watak utama kepada nama anak supaya dia seronok.

29- BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai kepadanya.

30- (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

Feeuuuwwww...beres pun entry kali ni..da jammed da tangan aku...tapi untuk info berguna ni aku sanggup...semoga kita dapat manfaatkan bersama..ceeewwwaaahhhhh..hehehe...

No comments:

Post a Comment